Saturday, 9 September 2017

Chapter 37

Assalamualaikum.

Saja nak hapdate blog takut bersawang ja lama tak berpenghuni. Kakak tanya tadi sampai bila nak tulis blog ni sampai beranak pinak ke -______- Ikut suka hati aku lah kan nak tulis sampai bila. Sibuk ja dia, tahu lah blog dia dah lama berkubur dia tak ingat password ke apa ntah maybe dah berhantu kot blog dia :p

7 tahun duk cakap sengsorang kat sini, dah memang jenis suka taip panjang-panjang nak buat cena. Tengok lah mana tahu suatu hari nanti dah kerja, dah busy, dah lupa blog ni kang takde dah nak cakap sorang-sorang macam ni haaaa

Dah seminggu semester baru start. Untuk junior, bukan aku. Aku dah tanam anggur dua bulan kat rumah. Tolong bakery kakak sulung ja buat isi masa lapang. Congrats untuk junior yang akhirnya melangkah ke tahun baru. Keep up your spirit throughout your journey. May you reach the destination as you hope :) 

Hari ni saja nak cerita how I was doing in my study. Aku ni average student ja, takde lah top student nak bagi tips untuk cemerlang akademik ke dean list ke tak mampu lah kita. Final PNGK campur semua 10 semester pun 3.3 ja, takdelah dean list. Alhamdulillah syukur, dental course kot hebat terlebih tu kalau dapat dean list fuhh. Cuma aku ni boleh kata tahu lah jugak cara study last minute efficiently tu macam mana. Cara-cara nak survive in dentistry mana tahu busy sangat klinik tak sempat nak study teori. Mula-mula aku ingat aku normal ja cara study camtu, tapi bila ramai kawan acknowledge kebolehan aku study last minute tu baru aku sedar diri aku tak normal. Hahahaha tu kira kebolehan ke? Mungkin junior yang tengah study lagi boleh praktikkan in case emergency tetiba terpaksa study last minute. Contohnya esok ada test tetiba ke, masa study week nak final exam busy kenduri kakak ke, atau in case jatuh sakit masa dekat exam tak larat nak study ke. Atau macam aku yang memang perangai study last minute. Kah

Last minute aku memang sehari sebelum exam baru study. Study week seminggu aku tak study langsung, tengok korea ja. Ada jugak bukak lecture note tapi selalunya habes lecture intro ja seminggu tu. Kecuali masa year 1 aku study anatomy seminggu study week tu tapi tak habes jugak. Lastnya memang malam sebelum exam jugak baru pulun study up to gear 5. Ntah lah kenapa tapi memang dah habit macam tu sejak sekolah. Orang lain study awal, roommate aku pun selastminute diorang pun masa study week study, tapi aku selamba badak tengok korea. Sebabtu roommate aku kena biasakan diri jangan stress tengok aku rilek. Aku memang macamtu, pemalas lebih sikit. Nasib baik dapat roommate yang memahami. Diorang tak pernah pun suruh aku study sebab diorang tahu aku tak study jugak hahah

Mula study baca doa agar dilapangkan hati. Baca bismillah, ayat kursi.

1) Baca bahan bacaan yang berwarna

Aku tengok ramai orang prefer lecture note hardcopy fotostat yang hitam putih tu. Tahukah anda warna boleh meningkatkan daya ingatan seseorang? Kalau nak senang, baca kat komputer atau tablet sebab memang dah warna warni. Kalau nak jaga mata takut rosak tengok gadget lama-lama, terpaksa la berkorban duit print lecture note berwarna. Bila kau baca bahan bacaan yang berwarna, last minute baca pun korang akan mudah flashback masa jawab soalan exam. Soalan ni topik yang warna oren tu, jawapan dia aku ada baca tadi ada dalam kotak warna hijau, tup flashback lagi ingat lah apa jawapan dia. At least dapat lah keypoint jawapan dia sikit-sikit heheh

2) Hafal key-point, faham isi

Masa study last minute ni jangan harap nak habeskan syllabus. Topik pun berbelas-belas setiap semester, of course lah tak sempat nak habeskan semalaman. Jadi cara dia korang baca topik apa, ingat key point setiap jawapan tu pastu fahamkan setiap key point tu pasal apa. At least baca sekali lalu description dia tapi kena usaha sedaya upaya untuk faham apa yang korang baca. Baca sekali lalu ni nama dia scanning. Masa ni lah warna memainkan peranan penting hahah. Buat lah mneumonic apa-apa takut tertukar key point. Buat mneumonic tu guna lah perkataan yang korang minat. Contohnya aku selalu buat watak dalam mneumonic yang aku reka tu nama retis kpop. Mudah lah ingat brooo

3) Baca kuat-kuat

Baca dengan suara. Ni cara aku lah. Aku tengok ramai ja baca dalam hati. Tapi aku tak. Aku baca kuat baru mudah nak faham. Sekali baca dah faham eh macam meninggi diri pulak, tapi betul lah, try hang buat. Baca kuat-kuat bukan tahap menjerit memekik, asalkan telinga kau dengar apa kau baca. Nak mudah ingat lagi buat macam bercerita. Aku memang selalu cakap sengsorang macam rap pun ada tapi itulah nak faham flow especially part physiology atau pathology, kau kena reka cerita pastu imagine dalam kepala. Nanti kau ingat lah masa nak jawab dalam exam insyaAllah. Dulu sekolah Maahad selalu kena hafal subjek agama kot bahasa arab, 5 tahun duk menghafal kuat-kuat camtu jadi habit pulak study pun kena baca kuat-kuat. Masa baca kuat tu tengok jugak orang sekeliling takut ada yang annoyed. Tapi siyes try buat, jadi hoii

4) Fokus soalan tutorial/PBL/kerja group

Biasanya topik yang ditekankan lebih dalam kelas ada possibility yang tinggi untuk masuk exam. Jadi fokus lah ye masa buat kerja berkumpulan atau presentation. Soalan PBL pun famous wehhh. PBL ni problem based learning. Lebih kepada study group yang disupervise lecturer gituuu. Take part in discussion, take part in giving ideas, take part in contribution to the group. Kalau bagi kerja masing-masing pastu sorang kumpul slide tu memang selalu buat tapi jangan lah baca part kita ja. Baca dan fahamkan jugak part orang lain. Masa kawan group lain tengah present, fahamkan apa diorang bagitau. Walau laluk lagha mengantuk bagaimanapun at least bukak telinga dengar diorang present. Topik yang pernah discuss dalam kelas dah takyah cover masa last minute, dah jimat masa kat situ. Nice kannn

5) Release stress jangan duk study ja

Tahu-tahu je lah kalau musim nak exam cemana. Semua orang dah bermasam muka, diam seribu bahasa, tengok muka roommate pun tak. Aku selalu stress sebab orang lain berubah perangai time dekat-dekat exam. Maka aku release lah stress aku dengan hobi aku yakni korea apa lagi kan. Aku tengok 5-10 minit video kat youtube setiap 2 jam study. Masa semalaman tu memang study gear 5 non stop kalau boleh stay-up tak tido langsung malam exam tu tapi taknak lah ajar korang suruh stay-up pulak tak elok untuk kesihatan. Jadi boleh lah korang release stress study buat apa korang suka just 10 minutes setiap 2-3 jam ke like scrolling social media, baca iium confession, tengok daebaking, main game, stretching, yoga, makan, buat air milo ke ikut suka. Bagi lah otak rehat jugak. Otak kita boleh download 45 minit straight je tau. Lebih 45 minit tepu dah, jammed.

6) Tawakkal

Banyak lagi tak baca walaupun stay-up? Masa ni lah kau kena tawakkal pada Dia. Takde sape dah boleh tolong. Dah takat tu ja kau sempat baca, tawakkal je. Doa, solat hajat semoga dipermudahkan urusan menjawab exam dengan tenang, semoga Allah hadirkan idea tak putus-putus apabila tangan menulis jawapan. Takyah pening fikir apa nak jadi. Study jaaa sampai nak melangkah masuk dewan exam. Orang kata masa tu dah tak masuk apa-apa dalam kepala, tapi bagi aku masuk ja, kadang-kadang terlintas nak baca something, tengok-tengok ada soalan exam pasal tu alhamdulillah. Yang aku tak amalkan, pagi sebelum exam tu dengar apa kawan discuss pastu join sekali. Memang tak lah weh. Kalau jenis memang dah study group sesama dari awal takpelah, tapi kalau kau tu jenis study sorang pastu pagi tu dengar topik yang orang lain bincang kau tak pernah baca, pastu busy lah pulak cari part tu, tengok-tengok tak masuk pun padahal pui. Yakin kat diri kau yang kau boleh, kau dah ready, Allah ada, Allah boleh tolong. Konfiden tuu penting gaisss

Ni nak cerita some of pengalaman aku pulak.

7) Get out of your comfort zone

Kau memang lah belajar dental. Nak jadi dentist. Busy nak complete clinical requirement. Nak study pun tak sempat. Tapi jangan lah fokus dental ja 25 jam sehari. Ada kawan aku yang jenis tak suka join aktiviti universiti buat. Program universiti semua tak join. Sebaliknya program ni lah merapatkan hubungan kawan-kawan. Ada yang tak suka outdoor activity. Takpe dah dia tak suka nak buat cemana. Maybe dia suka indoor tengok cerita drama ja. Tak salah. Tapi apa kata ce try keluar dari pintu tu hehe. Masa universiti ni lah kau ada kawan, boleh ke sana ke mari, try macam-macam. First time ever aku try hiking masa year 2. Nak dapat permission dari big boss (my umi) amatlah mencabar tapi berjaya jugak pujuk dia. Hiking bukit saga, bukit broga, pastu gunung ledang. Bestttt. Masa year 4 masuk jugak hiking kat bukit apa ntah kat cameron highland lupa dah. Pengalaman camni susah nak dapat lagi-lagi bukan hobi kau buat selalu. Pastu one day tu ada kawan tetiba ajak pi pulau tioman. Kita on jaa. Takde plan pape, terus pegi tioman island. Walk-in cari chalet penuh, dah lah hari cuti pekerja berani betul kitorang ntah lah kenapa yakin sangat boleh survive. Jalan kaki berapa kilo pun aku tak tau. Kami pi 6 orang ja. Makan minum kongsi, snorkeling pun amek yang murah, jimattt. Last-last boleh jugak sorang less than rm200 for 2 days 1 night termasuk tiket boat pergi balik. But it surely was one of my sweetest moments with my friends :)

Aku dulu setiap dua minggu sekali kot keluar ngan roommates/housemates/classmates, pi mall, buat apa lagi kalau bukan tengok movie, shopping dan makan. Takkan nak terperuk ja kat hostel hujung minggu. Duit banyak habes kot situ ja tapi itulah kena release stress dan tension dalam diri kalau tak confirm dah depressed lah weh aku ni dah lah slow bab requirement. Takyah plan awal, roommates aku memang gila sikit. Hari tu cuti mereput kat hostel, hari tu jugak lah terus pi shoot mall mana-mana. Takde kereta no hal lah, uber kan hado. Sesape ajak pi makan luar, on terus sebab serius habit aku nak release stress selain tengok korea ialah makan. Tido aku kurang sikit, as aku pikir baik aku buat benda lain instead of bazir masa untuk tido. So bila makan banyak confirm gemok. K

Conclusionnya, chill. Dental students are not skema nor gloomy as people said. So prove it ;D