Sunday, 9 July 2017

Chapter 36 : The Perks of being a Dental Student

Assalamualaikum :)

First of all, I would like to thank all of you who had came across this blog before, to read about my never-ending sighing throughout my journey as a dental student. Guys lepasni korang takyah dengar aku mengeluh dan membebel lagi XD Alhamdulillah result exam dah keluar. Alhamdulillah most of us passed our final professional examination except three of us. Takpe insyaAllah nanti korang reseat paper kami semua akan doakan korang semoga dipermudahkan urusan dan ditenangkan hati bila jawab exam amiinn. Yukenduit! We believe in you!

Ok hari ni nak cakap pasal cemana perjalanan aku yang membolehkan aku grad dengan kawan-kawan hebat aku yang lain. Takde lah nak bagi tips sangat tapi kalau ada junior yang boleh ambil pengajaran dari apa yang aku akan tulis ni, boleh korang praktikkan :) I think it will be a long post hehehe. Untuk pengetahuan korang, aku ni sebenarnya salah seorang daripada students yang dicop oleh semua orang yang aku akan extend study ataupun dalam kata lain ada possibility tak boleh graduate with other batchmates. Sebab? Sebab aku slow sangat dalam bab klinikal. Aku student yang sangat lemah bab praktikal. Slow sangat tu kalau korang nak tahu, boleh korang baca post ni ---> click here . Masa tu dah nak habes semester 1 final year, tapi banyak gila lagi requirement klinik belum settle. Level stress dia tu tak leh nak describe. Nak give up banyak kali dah tak terkira. Dan sekarang bila orang tahu aku berjaya kejar orang-orang yang hebat macam diorang ni, ada orang cakap kat aku, ''Hebat jugak kau ni Amalia, aku ingat kau kena extend.'' Kuajaq jugak dia tapi biar lah orang nak kata apa. Yang penting kau berjaya dengan usaha kau sendiri alhamdulillah. So here it is my ways to push myself at the last semester being a final year dental student.

1. Pergantungan pada Allah SWT

Benda paling penting dalam apa jua kau buat dalam hidup korang, korang kena return back to Allah. Bila kau rasa hidup kau serabut, return back to Him. Bila kau rasa semua benda tak kena, tak jadi macam kau harapkan, return back to Him. Allah will always show you the best way. Bila kau nak decide something, tanya Dia. Dia ada jawapannya. Yang aku selalu amalkan during my last semester, solat hajat setiap malam, doa tak putus-putus semoga Allah mudahkan urusan di setiap hari yang mendatang, doakan semua kawan-kawan semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah tunjuk jalan yang terbaik untuk setiap orang. Dalam doa kita wajib masukkan semua orang yang kita sayang. Ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan, cikgu-cikgu, saudara seIslam seluruh dunia, dan orang yang pernah tolong kita macam patient kita. Jangan pandang rendah dengan kuasa doa ni. Doa sebanyak boleh. Jangan doa kita sorang ja nak berjaya, tu namanya penting diri sendiri, tapi doa untuk orang lain lagi banyak manfaatnya. Malaikat akan tolong aminkan bersama doa kita bila kita doakan orang lain jugak. Jangan doa memaksa-maksa contohnya, ''Bagilah aku graduate on time ya Allah'', ce tukar doa jadi ''Kalau graduate on time adalah jalan terbaik untuk aku dan kawan-kawan, makbulkanlah doa aku ya Allah.' Sebab kita tak tahu sama ada grad on time tu adalah jalan terbaik untuk kita atau sebaliknya.

Usaha sungguh-sungguh bila treat patient, usaha sahaja dah cun tapi bila tambah tawakkal kepada Allah di setiap urusan kita, result kerja kita akan jadi lebih cun. Tawakkal kena seiring dengan usaha. Bila kau nervous nak treat patient contohnya cabut gigi sebab cabut gigi ni unpredictable, ada yang senang, ada yang susah sampai berjam-jam nak keluarkan gigi tu, jadi tawakkal kat Dia, Dia akan tolong insyaAllah.

Percaya pada rezeki Allah. Ada orang yang rezeki dia sentiasa murah, kerja selalu smooth. Ada yang rezekinya datang lambat macam aku. Masa year 3, patient gigi palsu ada sorang ja, kita pun rileks je sebab masa tu baru year 3. Year 4 start gelabah masalah takde patient. Yang ongoing untuk buat gigi palsu takde langsung. Zero patient prostho for 2 semesters in year 4. Ada patient tapi kena refer department lain dulu, kena treat masalah gusi dia, kena buat rawatan akar dulu. Banyak sangat klinik burn sebab takde patient atau patient tetiba tak boleh datang. Bagi aku, year 4 adalah zaman kejatuhan aku. Aku mudah sangat down, depressed, pemalas, banyak sangat nanges, boleh kata setiap malam. Maybe jugak masa tu tengah patah hati, rasa down dia teruk gila haha noobnya. Tapi masa tu aku tak nampak hikmah Allah nak bagi lagi. Allah dah janji setiap ujian pasti ada hikmahnya. Masa tu aku hampir nak give up sebab aku tahan sorang-sorang masalah aku. Tapi ada satu hari aku muhasabah balik diri aku, mungkin aku dah lama tak bergantung pada Allah, aku selalu cerita masalah aku kat manusia sebelum ni, bila manusia tu tinggal aku, aku jadi tak tentu arah, padahal aku silap. Aku cuba fikir positif. Aku mula yakin sepenuhnya kepada Allah, tawakkal lebih 100% pada Allah. Aku set aim aku untuk final year aku nak berubah. Aku tahu rezeki patient aku datang lambat ni. Dan akhirnya alhamdulillah jangkaan aku betul. In the remaining five months, aku berjaya akhiri requirement gigi palsu aku jadi 11 unit berbanding only 2 units of denture in year 3, and 0 unit in year 4. Alhamdulillah, ini Allah bagi setelah aku percaya rezeki masing-masing berbeza masanya. Just wait for your turn, the rizq will come to you, trust me. Hikmah aku kena refer semua patient gigi palsu aku masa year 4? Aku nampak hikmahnya masa year 5. Aku boleh siapkan requirement 3 single root canal treatment (RCT) awal dari orang, competency test untuk RCT pun aku buat awal semester year 5, tak sesusah orang lain kena kalut cari patient at the end of semester. Alhamdulillah.

Pastu amalkan surah Al-Kahfi setiap jumaat. Berdasarkan experience aku, bila aku baca Al-Kahfi jumaat sebelumnya, minggu seterusnya akan jadi mudah untuk aku. Baca bismillah dan ayat kursi setiap kali sebelum start treat patient. Kerja lebih tenang, kerja lebih jadi. Dan ingatlah pertolongan Allah sentiasa ada dengan kita.

2. Doa ibu bapa

You know, your parents always pray for you wherever you are. Doa parents ni makbul tahu terutamanya doa ibu. Setiap kali aku ada competency tests ke exam ke test ke, aku akan mintak tolong umi doakan untuk aku. ''Umi, ore ado exam hari ni.'' Your mum will spontaneously pray for you. Boleh jadi doa kau tak dimakbulkan tapi Allah memakbulkan doa mak kau. For your info kami ada lebih kurang 11 competency tests kena ambil sepanjang jadi clinical year student. Competency test ni macam practical test, Dr akan evaluate lebih detail procedure klinik kau buat kat patient hari kau amek test tu. Alhamdulillah aku lulus semua competency tests aku on my first attempt. Tak pernah kena repeat competency test. Professional exam pun tak pernah fail alhamdulillah. Bukan nak brag tapi aku rasa ni kuasa doa umi ayah aku, bukan sebab aku hebat ke apa.

3. Usaha lebih kalau tahu diri tu lemah

Bila kau tahu kau ni lemah bab praktikal, kau usaha lebih sikit. Contoh, aku ni ada low self-confidence bila present case depan Dr atau bila Dr soal apa-apa. Aku tend to be gagap pastu blur tak paham Dr cakap apa. Cara aku overcome benda ni, sebelum masuk klinik baca lah serba sedikit tentang apa procedure korang bakal buat, ataupun tanya kawan-kawan yang pernah buat. Kalau tanya Dr lagi baik especially benda korang tak pernah langsung buat. Clarify with Dr on what should you do sequencely. Dalam belajar ni jangan bodoh sombong. Dah tak tahu, kena ambil tahu ye dak. Pastu boost up your confidence level. Ingat Dr pun manusia, bukan harimau nak makan kau. Kenapa nak takut sampai terketar-ketar. Paling teruk pun kau kena sekeh manja takdenya Dr nak pukul kau. Kalau tak tahu cakap tak tahu jangan duk reka jawapan mengarut.

Cari patient bila takde patient. Bila terdesak sangat kena kejar competency tests tapi takde patient, waiting list patient pun kosong, cari jalan lain. Jangan putus asa. Tanya dengan junior. Junior aku semua baik alhamdulillah. Aku tanya diorang banyak kali kot sape ada patient yang sesuai dengan criteria competency test, sampai annoyed dah kot diorang haha tapi alhamdulillah ada jugak rezeki aku dekat-dekat nak last semester. Dapat pulak patient-patient yang cooperative bersyukur sangat.

Satu lagi contoh aku boleh bagi bab buat kerja lab. Dah tahu diri tu slow, usaha lebih sikit lah ye. Aku pernah buat gigi palsu 4 unit serentak dua kali. Aku tak pernah suruh orang lain buat denture patient aku sebab tu amanah aku. Kalau ada pape jadi, memang atas tanggungjawab kita. Memang rasa tak sempat, tapi sempat je sebenarnya kalau usaha lebih. Aku pernah tak lunch straight dua minggu sebab nak siapkan denture patient. Bila kelas pagi cancel terus lari pi lab. Bila hari ada overtime lab, lepas klinik solat asar terus pi lab buat apa yang patut. Maghrib baru balik. Bila klinik habes awal 15 minit pun dah bersyukur sangat ada masa boleh pergi lab. Selalu skip meals tapi aku tak pernah kurus hahahahaha yang ni aku tak paham jugak maybe sebab malam tu melantak lebih walaupun tak lunch hahah

4. Hormat guru

Yang ni semua orang tahu kot. Common sense hormat semua lecturer. Kau ada dendam kesumat ke apa dengan lecturer tu kau tetap kena hormat dia. *btw aku takde dendam sesiapa ye lol* Kenapa? Sebab satu dia cikgu kau yang curahkan ilmu kat kau insan yang kosong ibarat kain putih. Dua sebab dia lagi tua dari kau. Kita mestilah hormat orang lagi tua dari kita. Common sense, sis and bro. Jangan tipu lecturer, kalau kau buat silap, mengaku, minta maaf terus, jangan tunding jari kat partner klinik ke kawan-kawan lain ke. Jaga air muka kau bila kena marah. Biasa lah kena marah dengan cikgu, tapi jangan duk mencebik ke jeling ke apa. Jangan menjawab dengan biadapnya bila lecturer marah kita. Walaupun kau rasa kau betul, kau senyap je terima Dr cakap apa masa dia tengah marah. Dr pun manusia macam kita. Diorang pun ada masalah sendiri nak fikir jadi bila tambah masalah kita buat, dia mesti double serabut dari kita. Bagi salam dengan lecturer bila jumpa. Aku kadang-kadang takut jugak nak bagi salam kat lecturer bila diorang buat muka garang heee aku tahu aku teruk bab tu hmm.

5. Hormat patient

Nak cari patient dah susah, bila ada patient hargai lah dia. Dia datang sudi nak buat treatment dengan kau yang pengalaman sebertih jagung. Bersyukurlah kawan. Set appointment awal seminggu paling lewat. Pastu ingatkan balik bila dua hari dan sehari sebelum tarikh appointment. Prinsip aku jangan ganggu patient masa non-office hour especially malam hari. Kecuali kalau patient tu kawan-kawan atau student USIM hahah. Untuk patient orang luar, paling lewat pun pukul 6.30pm aku call diorang, tu pun terpaksa bila patient tetiba takleh datang terpaksa tanya patient lain untuk ganti. Kalau malam appointment baru patient tu cakap takleh datang, aku redha burn klinik keesokannya. Mintak patient outpatient. Kalau takde patient jugak pasrah je. Aku set dalam kepala ada lah tu Allah dah susun, ada lah tu Allah nak bagi apa. Aku tak nak ganggu patient malam-malam. Kalau aku jadi patient, aku tak suka bila ada orang call malam-malam tetiba tanya esok boleh tak datang appointment? Dah tak elok dah perception dia kat kita dan kat universiti kita. Taknak lah sebab nila setitik rosak susu sebelanga haa pandai pulak aku berperibahasa kali ni. Jaga adab dengan patient. Kalau dia datang lambat pun cakap je takpe takpe walaupun dalam hati dah panas. Nak jaga hati orang ni biasalah kita kena hipokrit sikit. Hati kita sakit takpa. Prinsip aku macam tak kena ja tapi nak buat cemana nak dapat keberkatan tu. Ala kita sakit hati pandai-pandai lah kita elokkan balik. Kalau kita sakitkan hati orang, cemana kita nak elokkan balik? Haaaa

6. Behave yourself

Biasalah kita ni bukannya orang baik. Ada ja orang tak suka kita tapi peduli apa diorang. Tapi behave lah sebaik mungkin. Aku ni garang, jadi kawal lah mood swing tu sikit. Ada masalah dengan kawan-kawan biasa lah bila kita hidup berkomuniti. Bila nak marah orang, fikir banyak kali. Bila nak gaduh ngan orang, baik maafkan diri orang tu terus sebelum benda jadi teruk. Be humble when you succeed in something. Simpan sorang-sorang sudah. Tak payah riak tunjuk kat orang lain kau berjaya. Kalau ada orang curi patient kau, jangan marah, Allah ada. Ada lah tu rezeki kau kat tempat lain. Tak berkat pun diorang curi patient kau. Forgive and forget, things will get better.

Bila buat kerja assignment grup memang selalu ada orang yang curi tulang. Dia buat part dia ja pastu krikkrik. Tak pernah fikir pasal group. Tak pernah volunteer nak compile ke nak present ke. Bila kena suruh baru terpinga nak buat. Aku ni suka benda multimedia. Benda komputer ni boleh cakap lah bread and butter aku hahahaha tapi takde lah hebat mana. Cuma bila buat slide ke poster memang aku selalu volunteer nak buat. Nak print report pun banyak kali jugak aku buat. Entah lah group member lain takde pulak tanya pasal report tu dah hantar ke, dah print ke, asal muka sama ja yang buat lol. Bukan nak mengungkit cuma nak cakap kau buat baik belakang orang ni ada lah Allah nak bagi ganjaran kat kau. Boleh jadi aku berjaya ni sebab suka tolong orang bab benda ni.

Dalam klinik pun bila takde patient, pi lah tolong kawan yang perlukan pertolongan. Fikir kalau kau duk tempat dia, bukan ke serabut. Bila turn kau perlukan pertolongan, Allah akan hadirkan orang untuk tolong kau. Maybe nama aku Nasrulliana, Nasrul means penolong. Sebab tu aku suka tolong orang kot. Aku rasa happy sangat bila tolong orang. Kecuali bila aku betul-betul ada hal aku terpaksa tolak orang mintak tolong, tu pun rasa bersalah gila lepas tu haihh

Kalau jenis orang yang suka sakitkan hati orang dengan kelakuan dia, dia suka menyuruh orang dengan cara biadap ke, pentingkan diri-sendiri ke, mulut jahat ke, kena selalu ingat Allah Maha Melihat dan juga Maha Adil. And karma does exist.

7. Jangan dengki rezeki orang

Aku ulang banyak kali dah pasal rezeki ni hahah. Sebab jadi dental student ni memang is all about luck and effort. Ada orang nasib baik dapat rezeki patient awal-awal. Jadi jangan duk buat ayat dengki ''Kau takpelah banyak patient, aku takde patient.'' Kau tak tahu maybe itu hasil effort dia tahajud malam-malam. Aku jenis tido lewat jadi tahajud amatlah susah untuk aku huhuhuhu will make effort after this. Jadi maybe sebab tu rezeki aku datang lambat T.T Sabar. Jangan dengki kawan-kawan. Serius ni. Jangan dengki diorang dapat jodoh awal. Jangan dengki orang lain dah ada pakwe. Couple dosa lah aiyok. Weh melencong pulak. Berbalik pada rezeki, doa banyak-banyak, Allah already created the best story for you. Always be grateful with what have you got, you will get more indeed.

8. Plan well

Biasalah planner wajib ada. Update semua benda kat situ pasal patient mana nak panggil, nak buat procedure apa. Tak semua kita plan akan jadi tapi insyaAllah akan jadi jugak kalau kita ikhlas nak tolong orang, cuma bezanya lambat atau cepat. Masa semester last, aku selalu refer kawan aku sorang ni. Dia pandai bab plan klinik ni. Dia tahu bila masa kau boleh panggil dua patient dalam satu slot ke cemana. Masa semester last tu, kena banyak independent. Kena pandai buat kerja sorang. Especially prostho and oral surgery. Nak penuhkan requirement cabut gigi yang firm 15 batang tu dalam masa setahun memang kena bawak patient setiap minggu. Tak payah bergilir turn dengan partner dua minggu sekali macam department lain. Prostho pun sama kena plan well, lebih-lebih lagi yang lambat macam saya ni. Plan awal-awal untuk siapkan competency test. Cari patient awal, kalau tak merana nanti akhir semester. Tulis checklist requirement dan competency test besar-besar tampal kat dinding untuk update semangat kita hari-hari. Bila kita pass satu benda bila kita tick tu ya Allah rasa puas dia Allah je yang tahu. Kalau akhir-akhir semester biasalah partner klinik ada yang suka buat tahik, nak klinik slot kita, bertegas sikit lawan dia untuk defend hak kita. Tapi kalau kita dah rasa selamat, dah banyak settle tapi partner masih struggle, harus lah bermurah hati bagi kat partner slot klinik kita sebab kita dah janji nak graduate sama-sama. Nak tolong orang boleh, tapi tolong jugak diri kita. Masa year 5 ni serius semua orang dah tak peduli kawan-kawan sebab nak selamatkan diri sendiri. Jadi yang jenis bergantung lebih kat kawan ni, berpadalah. Ingat jugak kawan awak yang hebat yang selalu tolong awak pun nak berjaya dalam battlefield ni. Jadi semua orang kena sama-sama bersemangat. Gogogo!

Ok tu je lah kot. Dah panjang sangat ni. Kalau ada apa-apa aku nak tambah lagi aku edit balik. Never give up guys, kena selalu ingat harapan ibu bapa untuk kita ye :)

Untuk boost up semangat junior-junior yang slow macam akak, akak boleh bandingkan requirement  akak yang banyak beza di akhir semester 1 year 5 dan semester 2 year 5:

- Prostho: Denture: 2 unit ----> 11 unit,
                 Crown: 0 unit ----> 3 unit.
                 Post and Core: 0 ----> 1 unit

- Oral surgery : Extraction: 1 ----> 15

- Paeds: Restoration: 2 ----> 10
              Extraction: 1 ----> 3

- Cons: Root canal treatment: 1 single ----> 3 single 1 molar

Requirement lain yang akak tak mention tak banyak beza sangat. Nak cakap kat sini don't ever ever everrr give up. I could do many more things within the last 5 months. Sekarang belum lagi start session baru, jadi yang baru nak final year ada setahun lagi nak kejar requirement, insyaAllah boleh fulfill requirement clinic tu. Apatah lagi yang baru nak masuk year 3 dan year 4. Ok chin up everybody. Ada dua bulan lagi cuti sebelum masuk semester baru. Enjoy duluuuu. All the best dear juniors! Nak tanya pape pm je :)

Conclusion for 5 years being a dental student, dentistry is very challenging and tough, yet it was very interesting journey. Everyday was about choice, made you ponder on every single second. It changed myself a lot, from being an introvert to more expressive.

Thanks for reading this very long post ahahah kbye assalamualaikum.